See the foto gallery

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 

Kewujudan kumpulan seni rupa dan studio-studio  seni dilihat sangat rancak pada tahun ini menyaingi kewujudan kumpulan muzik band indie di Malaysia. Penglibatan seniman secara berkumpulan dilihat mempunyai kekuatan yang tersendiri berbanding bergerak secara solo. Seniman-seniman muda kini dilihat amat giat berkarya sehingga sering memenuhi ruang-ruang pameran galeri seni. Pelbagai tema diberi apabila sesebuah kumpulan seniman menghasilkan pameran seni rupa dan untuk kali ini pamerannya diberi tema OuterinterX. OuterinterX memberi erti melalui  perkataan ‘outer’ iaitu sebagai  satu keinginan dalam menghasilkan karya yang diluar kitaran konvesional seni rupa kontemporari di Malaysia, ‘inter’ pula membawa maksud cubaan mendapatkan ruang  atau berinteraksi dalam konteks seni rupa , manakala ‘X’ merupakan keberangkalian kepada Xplorasi,Xpresi, Xperiment ,Xfactor dan segala kemungkinan yang bermula dengan ‘X’yang dilihat dari sudut positif.

OuterinterX adalah sebuah pameran yang mempamerkan karya –karya yang berlainan dari apa yang pernah  dipamerkan di Threesixty Art Development Studio(360) sebelum ini. Ia bermula hasil dari pengamatan aktiviti seni rupa kontemporari di Malaysia yang dilihat kebelakangan ini lebih banyak menjurus kearah mempamerkan  karya yang bersifat konvesional. Maka seniman muda ini merasakan sudah tiba masanya 360 mempersembahkan sesuatu yang lain. Pameran ini adalah bertujuan memperlihatkan kepada khalayak seni dan masyarakat mengenai pengaruh teknologi pada masa kini yang mampu mempengaruhi seniman muda dalam menghasilkan karya yang tidak lagi bersifat konvesional dengan pengunaan bahan konservatif. Pameran ini bukanlah satu gerakan anti konvensional seperti apa yang dilakukan oleh seniman-seniman dunia dalam aliran Dadaism, tetapi ia sebenarnya sebuah perkongsian akan bentuk seni rupa yang mengikut peredaran masa dan kesesuaiannya pada zaman ini.Terdiri dari lima orang seniman muda yang mula bergiat secara  aktif dalam seni rupa di Malaysia sekitar tahun 2008, mereka adalah Fadly Sabran, Syafiq Ali’am, Abdul Latiff, Al-Khuzairie dan Haris Abadi. Kelima-lima seniman muda ini merupakan graduan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM). Pameran ini merupakan sebuah percubaan untuk melihat penerimaan khalayak seni dan masyarakat terhadap karya-karya berupa new media, installasi, mekanikal, multimedia, arca seramik, video art, sound art, elektronik art yang pada dasarnya dilihat tidak menekankan nilai komersial. Ia merupakan ideologi baru seniman muda yang mahukan seni rupa kontemporari di Malaysia tidak hanya terkongkong atas sebab faktor tidak mahukan perubahan ataupun desakan kewangan. Pameran ini juga diharap dapat memberi inspirasi kepada bakal graduan seni dan seniman dalam mempelbagaikan bentuk seni rupa kontemporari di Malaysia. Ini merupakan anjakan paradigm yang dibuat oleh Threesixty Art Development Studio  dalam mempamerkan karya seni seperti ini dan seharusnya menjadi ikutan galeri-galeri seni yang lain demi melihat perubahan seni rupa kontemporari di Malaysia.

Arham Azmi
Kurator Tamu

______________________________________________________________________________

Website still under construction..please come back soon!

Thank You.